My Menu


My Menu

Tuesday 8 November 2011

TATABAHASA - KATA NAMA KHAS ( TAHUN 2 )

Kata Nama Khas

  1. Kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu nama secara khas.
  2. Kata nama khas digunakan untuk menyatakan nama orang, binatang, tempat dan benda.
  3. Permulaan huruf pada kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar sekiranya ditulis di tengah atau pada akhir ayat.

Latihan: ( Gariskan Kata Nama Khas )
  1. Zaki pergi ke perpustakaan bersama Ramu.
  2. Soo Kee suka membaca buku cerita yang bertajuk Sang Buaya.
  3. Jalur Gemilang Berkibar di depan sekolah.
  4. Suzian dan Rajan bermain bola di padang sekolah.
  5. Puan Gan Bee Yen ialah seorang  guru Muzik.

No comments:

Post a Comment