My Menu


My Menu

Thursday 24 November 2011

MIKROPENGAJARAN & REFLEKSI



Refleksi Mikropengajaran:
        Saya memilih set induksi sebagai mikropengajaran saya. Saya telah membuat refleksi selepas menjalankan mikropengajaran. Selepas merakam video, saya meminta rakan saya memberi pandangan kepada saya. Mereka dapati set induksi ini dijalankan dengan berjaya dan bertepatan kerana murid-murid berebut-rebut angkat tangan untuk datang ke depan memilih beberapa sampul surat yang telah disediakan. Hal ini telah menarik minat murid-murid untuk terus belajar.
        Kekuatan saya yang dapat dikesan dalam menjalankan mikropengajaran ialah kelantangan suara kejelasan penyampaian pelajaran. Suara yang lantang telah memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Hal ini dapat memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid-murid tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
        Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Selain itu, saya telah berjaya menggunakan papan tulis untuk membina carta agar murid mudah memahami perbezaan antara wang masuk dan wang keluar.
        Kelemahan saya dalam mikropengajaran ini ialah saya tidak bergerak ke setiap sudut dan hanya berdiri di depan sahaja. Oleh itu, saya perlu menambahbaikan kelemahan ini supaya aktiviti set induksi dijalankan lebih berkesan. Ini disebabkan kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses P&P di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

No comments:

Post a Comment