My Menu


My Menu

Thursday 24 November 2011

MAKROPENGAJARAN



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  BAHASA MELAYU TAHUN 2
 Tarikh :         26.9.2011
Masa :           9.00am – 9.30am
Kelas :           2A
Bilangan Murid  :           37 orang
Mata Pelajaran           Bahasa Melayu
Tema :           Unit 11 Jimat Membawa Berkat
Tajuk :           11.3 Jadual Perbelanjaan
Fokus Utama : 7.1 Membaca dan menerangkan perkataan dan frasa dalam ayat  yang  diberikan.
Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Hasil Pembelajaran     Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:
                                       a.    Menyatakan maksud kosa kata dengan betul.
                                       b.    Membina ayat dengan kosa kata yang diberikan.
Bahan Bantu Mengajar   : a) wang kertas dan duit syiling   
                                          b) Power Point 
                                          c) lembaran kerja
Penerapan Nilai :   rajin , berani mencuba, bekerjasama, prihatin
KBKK  :  Menjanakan idea
Pengetahuan Sedia Ada   Murid-murid pernah membina ayat-ayat mudah.



Langkah

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Catatan

Set induksi

3 minit





1. Guru menunjukkan wang kertas dan duit syiling kepada murid-murid.

2. Guru menanyakan soalan:

a) Apakah ini?

b) Adakah kamu membawa wang saku ke sekolah setiap hari?

c) Siapakah yang memberi wang saku kepada kamu?

d) Apakah kegunaan wang saku?





1. Murid-murid memerhatikan wang kertas dan duit syiling di tangan guru.

2. Murid-murid menjawab soalan guru.

Contoh jawapan:

a) Wang

b) Ya

c) Bapa, ibu

d) Beli makanan, menabung







BBM:

Wang kertas dan duit syiling



Nilai:

Berjimat-cermat

Langkah 1

8 minit



1. Guru mempamerkan 3 kosa kata secara satu per satu melalui Power Point.

2. Guru meminta murid-murid membaca kosa kata tersebut.

3. Guru meminta murid-murid cuba menyatakan makna kosa kata.

4. Guru menjelaskan makna kosa kata dan contoh ayat

5. Guru meminta murid-murid membaca contoh ayat.



1. Murid-murid menumpukan perhatian.

2. Murid-murid membaca kosa kata.

3. Murid-murid cuba menyatakan makna kosa kata.

4. Murid-murid mendengar penjelasan daripada guru.

5. Murid-murid membaca contoh ayat.



BBM:

Power Point



Nilai:

Berani mencuba

Langkah 2

10 minit

1. Guru membahagikan murid kepada 9 kumpulan.

2. Guru memberi setiap kumpulan satu kosa kata untuk membina ayat.

3. Guru meronda sambil memberi bimbingan.



1. Murid-murid membahagikan kumpulan.

2. Setiap kumpulan membina ayat mengikut kosa kata yang diberikan oleh guru.

BBM:

Power Point

Nilai:

Bekerjasama



Langkah 3

7minit

1. Guru meminta wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibina.

2. Guru dan murid-murid membetulkan ayat yang kurang tepat

3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.



1. Wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibina.

2. Murid-murid bersama guru membetulkan ayat yang kurang tepat.

3. Murid-murid membina ayat di dalam lembaran kerja.



Nilai:

Prihatin

Penutup

2minit

1. Guru meminta murid untuk mengulangi makna kosa kata yang telah dipelajari.



1. Murid-murid mengulangi makna kosa kata tang telah dipelajari.



BBM:

Lembaran kerja



Nilai:

Rajin


 
  

Refleksi Makropengajaran:

        Semasa saya menjalankan aktiviti set induksi, murid-murid telah melibatkan diri untuk menjawab soalan yang saya kemukakan. Dalam sesi langkah 1, saya menggunakan Power Point untuk menjalankan aktiviti P&P saya. Murid-murid mencuba beritahu saya maksud kosa kata dan juga menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Walaupun antara mereka yang salah jawab, tetapi mereka itu telah mengamalkan nilai keberaniani untuk mencuba. Dalam sesi langkah 2, setiap murid telah bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membina ayat.
        Dalam sesi langkah 3, wakil kumpulan telah diminta berdiri di depan untuk membaca ayat yang telah dibina dalam kumpulan. Saya kurang memuaskan dengan suara mereka yang kurang lantang sehingga murid-murid lain kurang melibatkan diri dengan aktif bersama dengan saya membetulkan ayat. Selepas itu, saya telah mengedarkan lembaran kerja untuk murid-murid buat. Mereka membina ayat dengan menumpukan perhatian dan saya juga meronda serta membimbing murid-murid yang bermasalah. Pada akhir sesi P&P ini, murid-murid telah dapat menyatakan maksud kosa kata yang telah belajar. Oleh itu, boleh dikatakan objektif pengajaran saya telah dicapai.
        Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif dalam seluruh aktiviti P&P ini. Hal ini dapat dikesan dengan sikap murid-murid yang cuba menjawab soalan dan maksud kosa, lagipun dalam aktiviti kumpulan. Saya tidak mengubahkan rancangan pengajaran saya semasa mengajar. Ini adalah kerana saya yakin dengan rancangan pengajaran yang saya sediakan itu.
        Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan meminta murid-murid cuba membina ayat dalam sesi langkah 1. Dengan itu, saya lebih dapat perhatikan mereka dapat membina ayat dengan betul ataupun tidak.
        Secara kesimpulannya, sesi makropengajaran ini telah dijalankan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment