My Menu


My Menu

Tuesday 8 November 2011

Ruangan Kongsi Bersama - Refleksi 4

RINGKASAN RPH
Mata Pelajaran: Pendidikan Moral
Tahun: 5C
Bilangan Murid: 38 orang
Objektif: Murid-murid dapat mengamalkan nilai bersyukur.
Aktiviti: 1. Set Induksi
               2. Menayangkan video
               3. Sesi soal jawab dan perasaan
               4. Membuat kesimpulan


        Dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, saya telah menayangkan video di bawah itu. Murid-murid sangat berminat dan ini secara tidak langsung dapat mengekalkan tumpuan mereka di dalam kelas. Selepas menyaksikan video itu, beberapa orang murid perempuan telah menangis. Saya tanya mereka kenapa menangis, mereka menjawab kepada saya bahawa orang di dalam video itu sangat kasihan, terutama kanak-kanak yang hendak belajar. Saya menasihati semua murid agar bersyukur kerana mempunyai tempat yang selesa untuk belajar. Mereka juga memberitahu kepada saya bahawa akan belajar bersungguh-sungguh mula dari sekarang.

 



No comments:

Post a Comment