My Menu


My Menu

Tuesday 22 November 2011

Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 2

Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Objektif: Murid-murid dapat:
               a) bercerita tentang bendera Malaysia.
               b) menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
         


    Aktiviti P&P pada hari itu susah saya lupakan. Pada hari itu, saya mengajar unit yang baru iaitu berkaitan dengan Jalur Gemilang. Pada mulanya, saya memamparkan Jalur Gemilang melalui slide show dan memperkenalkan kepada murid-murid itulah Jalur Gemilang. Tiba-tiba, seorang murid berkata: "cikgu, kami bukan si bodoh, kami sudah tahu itu Jalur Gemilang. Memang saya terkejut pada masa itu. Namun, saya tidak menunjukkan muka saya yang terkejut sebaliknya memberitahu murid itu saya tahu murid-murid pernah melihat Jalur Gemilang, tetapi adakah mereka dapat tahu warna-warna itu bermaksud apa. Mereka beritahu saya mereka tidak tahu. Murid tersebut juga meminta maaf dengan saya. Saya juga memberitahu murid-murid mereka bukan si bodoh sebaliknya ialah si pandai. Semasa menyanyi lagu Jalur Gemilang, murid-murid berasa gembira. Ada segelintir murid yang tidak bekerjasama dengan saya kerana bermain di belakang. Tindakan yang saya ambil ialah meminta mereka menyanyi lagu itu bersama dengan saya. Akhirnya, mereka dapat menyanyi dengan betul.


                            http://lirik-lagu-best.blogspot.com/2009/08/lirik-jalur-gemilang.html








No comments:

Post a Comment