My Menu


My Menu

Saturday 3 December 2011

Ruangan Kongsi Bersama - Refleksi 5

Mata Pelajaran: Pendidikan Muzik
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 orang
Objektif: Murid-murid dapat bermain alat-alat muzik dengan betul.
Aktiviti: 1. Set induksi
               2. Menyanyi lagu
               3. Bertepuk tangan berdasarkan tempo
               4. Mengagihkan alat muzik
               5. Bermain alat muzik mengikut kumpulan (tukar alat muzik dengan kumpulan lain)
               6. Membuat kesimpulan

Hari ini saya menggunakan lagu ‘Twinkle-twinkle Litte Star’ untuk mengajar murid-murid bermain alat muzik seperti maracas, tambourine, tik tok dan kerincing. Mulanya-mulanya, saya memperkenalkan semua alat muzik itu dan tunjukkan cara penggunaan. Sebelum mengagihkan alat-alat muzik itu, saya meminta murid-murid jangan terlalu membuat bising selepas terima alat muzik yang diagihkan. Walaupun mereka membuat bising semasa jterima alat muzik, saya juga tidak memarahi mereka, kerana saya faham mereka berasa ghairan dengan alat muzik di tangan itu. Selain itu, saya juga faham waktu P&P ini ialah Pendidikan Muzik, tidak boleh begitu serius dengan murid-murid. Jika terlalu serius dengan mereka, mereka akan berasa bosan dan takut dalam masa Pendidikan Muzik ini. Akhirnya, P&P pada kali ini dijalankan secara lancar dan berjaya.