My Menu


My Menu

Tuesday 22 November 2011

Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 1

Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 orang                  
Objektif : Murid-murid dapat membina lima ayat berdasarkan gambar.
Aktiviti:  1. Set Induksi
                2. Tunjuk gambar dan tanya soalan.
                3. Membuat latihan.
                4. Memberi bimbingan kepada murid yang lemah.
                


    Semasa saya meminta murid-murid ceritakan apa yang mereka lihat di dalam gambar itu, mereka dapat menjawab dalam bahasa mandarin sahaja. Tindakan yang saya ambil ialah menggunakan teknik menyoal supaya murid-murid dapat menjawab dalam Bahasa Malaysia.
Contohnya:
Saya  : Apakah yang ayah lakukan?
Murid: Membaca surat khabar.
Saya  : Di manakah ayah membaca surat khabar?
Murid: Di ruang tamu.
    Selepas itu, saya akan meminta murid-murid menggabungkan semula  jawapan yang diberi untuk menjadi ayat yang betul. Contohnya, ayah membaca surat khabar di ruang tamu. Saya berasa teknik ini sangat berguna untuk murid-murid tahap satu. Murid-murid juga tidak akan berasa bosan semasa aktiviti P&P dijalankan.







No comments:

Post a Comment