My Menu


My Menu

Thursday, 24 November 2011

MIKROPENGAJARAN & REFLEKSI



Refleksi Mikropengajaran:
        Saya memilih set induksi sebagai mikropengajaran saya. Saya telah membuat refleksi selepas menjalankan mikropengajaran. Selepas merakam video, saya meminta rakan saya memberi pandangan kepada saya. Mereka dapati set induksi ini dijalankan dengan berjaya dan bertepatan kerana murid-murid berebut-rebut angkat tangan untuk datang ke depan memilih beberapa sampul surat yang telah disediakan. Hal ini telah menarik minat murid-murid untuk terus belajar.
        Kekuatan saya yang dapat dikesan dalam menjalankan mikropengajaran ialah kelantangan suara kejelasan penyampaian pelajaran. Suara yang lantang telah memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Hal ini dapat memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid-murid tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
        Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Selain itu, saya telah berjaya menggunakan papan tulis untuk membina carta agar murid mudah memahami perbezaan antara wang masuk dan wang keluar.
        Kelemahan saya dalam mikropengajaran ini ialah saya tidak bergerak ke setiap sudut dan hanya berdiri di depan sahaja. Oleh itu, saya perlu menambahbaikan kelemahan ini supaya aktiviti set induksi dijalankan lebih berkesan. Ini disebabkan kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses P&P di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Tuesday, 22 November 2011

Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 3

Mata Pelajaran: Pendidikan Muzik
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 0rang
Objektif: Menyanyi lagu sambil membuat gerakan dengan betul.
Aktiviti: 1. Set induksi
               2. Baca lirik lagu
               3. Dengar lagu
               4. Menyanyi lagu dan hafalkan lirik lagu
               5. Belajar gerakan
               6. Menyanyi sambil membuat gerakan


    Semasa saya mengajar Pendidikan Muzik di Tahun 2A, saya dapati mereka berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan. Malangnya, terdapat murid yang tidak dapat membuat gerakan sambil menyanyi. Mereka hanya dapat lakukan gerakan ataupun menyanyi sahaja. Tindakan yang saya lakukan ialah meminta murid menghafal lagu dahulu kemudian baru belajar gerakan. Namun, saya juga akan melakukan sesi latihan berulang kali bersama murid yang kurang aktif. Walaubagaimanapun, murid-murid suka akan lagu ini.

Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 2

Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Objektif: Murid-murid dapat:
               a) bercerita tentang bendera Malaysia.
               b) menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
         


    Aktiviti P&P pada hari itu susah saya lupakan. Pada hari itu, saya mengajar unit yang baru iaitu berkaitan dengan Jalur Gemilang. Pada mulanya, saya memamparkan Jalur Gemilang melalui slide show dan memperkenalkan kepada murid-murid itulah Jalur Gemilang. Tiba-tiba, seorang murid berkata: "cikgu, kami bukan si bodoh, kami sudah tahu itu Jalur Gemilang. Memang saya terkejut pada masa itu. Namun, saya tidak menunjukkan muka saya yang terkejut sebaliknya memberitahu murid itu saya tahu murid-murid pernah melihat Jalur Gemilang, tetapi adakah mereka dapat tahu warna-warna itu bermaksud apa. Mereka beritahu saya mereka tidak tahu. Murid tersebut juga meminta maaf dengan saya. Saya juga memberitahu murid-murid mereka bukan si bodoh sebaliknya ialah si pandai. Semasa menyanyi lagu Jalur Gemilang, murid-murid berasa gembira. Ada segelintir murid yang tidak bekerjasama dengan saya kerana bermain di belakang. Tindakan yang saya ambil ialah meminta mereka menyanyi lagu itu bersama dengan saya. Akhirnya, mereka dapat menyanyi dengan betul.


                            http://lirik-lagu-best.blogspot.com/2009/08/lirik-jalur-gemilang.html








Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 1

Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 orang                  
Objektif : Murid-murid dapat membina lima ayat berdasarkan gambar.
Aktiviti:  1. Set Induksi
                2. Tunjuk gambar dan tanya soalan.
                3. Membuat latihan.
                4. Memberi bimbingan kepada murid yang lemah.
                


    Semasa saya meminta murid-murid ceritakan apa yang mereka lihat di dalam gambar itu, mereka dapat menjawab dalam bahasa mandarin sahaja. Tindakan yang saya ambil ialah menggunakan teknik menyoal supaya murid-murid dapat menjawab dalam Bahasa Malaysia.
Contohnya:
Saya  : Apakah yang ayah lakukan?
Murid: Membaca surat khabar.
Saya  : Di manakah ayah membaca surat khabar?
Murid: Di ruang tamu.
    Selepas itu, saya akan meminta murid-murid menggabungkan semula  jawapan yang diberi untuk menjadi ayat yang betul. Contohnya, ayah membaca surat khabar di ruang tamu. Saya berasa teknik ini sangat berguna untuk murid-murid tahap satu. Murid-murid juga tidak akan berasa bosan semasa aktiviti P&P dijalankan.







Monday, 14 November 2011

KEBANGGAAN NEGARAKU


Kilang Proton



Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur


Kompleks Sukan Negara, Bukit Jadil

Kuala Lumpur Sentral



Litar F1 Sepang


Menara Berkembar Petronas



Menara Kuala Lumpur


Planetarium Negara



Putrajaya






Saturday, 12 November 2011

PENDIDIKAN MORAL 《弟子规》video

PENDIDIKAN MORAL 《弟子规》4

亲 仁


同是人 类不齐 流俗众 仁者希


果仁者 人多畏 言不讳 色不媚


能亲仁 无限好 德日进 过日少


不亲仁 无限害 小人进 百事坏



余 力 学 文


不力行 但学文 长浮华 成何人


但力行 不学文 任己见 昧理真


读书法 有三到 心眼口 信皆要


方读此 勿慕彼 此未终 彼勿起


宽为限 紧用功 工夫到 滞塞通


心有疑 随札记 就人问 求确义


房室清 墙壁净 几案洁 笔砚正


墨磨偏 心不端 字不敬 心先病


列典籍 有定处 读看毕 还原处


虽有急 卷束齐 有缺坏 就补之


非圣书 屏勿视 蔽聪明 坏心志


勿自暴 勿自弃 圣与贤 可驯致