Jika anda ingin cuba menjawab soalan-soalan quiz tersebut, sila klik pada imej di bawah
My Menu
Tuesday, 29 November 2011
Thursday, 24 November 2011
MAKROPENGAJARAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
Kelas : 2A
Bilangan Murid : 37 orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Unit 11 Jimat Membawa Berkat
Tajuk : 11.3 Jadual Perbelanjaan
Fokus Utama : 7.1 Membaca dan menerangkan perkataan dan frasa dalam ayat yang diberikan.
Fokus Sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Hasil Pembelajaran : Pada akhir aktiviti ini, murid dapat:
a. Menyatakan maksud kosa kata dengan betul.
b. Membina ayat dengan kosa kata yang diberikan.
Bahan Bantu Mengajar : a) wang kertas dan duit syiling
Bahan Bantu Mengajar : a) wang kertas dan duit syiling
b) Power Point
c) lembaran kerja
Penerapan Nilai : rajin , berani mencuba, bekerjasama, prihatin
KBKK : Menjanakan ideaPenerapan Nilai : rajin , berani mencuba, bekerjasama, prihatin
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah membina ayat-ayat mudah.
Langkah | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Catatan |
Set induksi 3 minit | 1. Guru menunjukkan wang kertas dan duit syiling kepada murid-murid. 2. Guru menanyakan soalan: a) Apakah ini? b) Adakah kamu membawa wang saku ke sekolah setiap hari? c) Siapakah yang memberi wang saku kepada kamu? d) Apakah kegunaan wang saku? | 1. Murid-murid memerhatikan wang kertas dan duit syiling di tangan guru. 2. Murid-murid menjawab soalan guru. Contoh jawapan: a) Wang b) Ya c) Bapa, ibu d) Beli makanan, menabung | BBM: Wang kertas dan duit syiling Nilai: Berjimat-cermat |
Langkah 1 8 minit | 1. Guru mempamerkan 3 kosa kata secara satu per satu melalui Power Point. 2. Guru meminta murid-murid membaca kosa kata tersebut. 3. Guru meminta murid-murid cuba menyatakan makna kosa kata. 4. Guru menjelaskan makna kosa kata dan contoh ayat 5. Guru meminta murid-murid membaca contoh ayat. | 1. Murid-murid menumpukan perhatian. 2. Murid-murid membaca kosa kata. 3. Murid-murid cuba menyatakan makna kosa kata. 4. Murid-murid mendengar penjelasan daripada guru. 5. Murid-murid membaca contoh ayat. | BBM: Power Point Nilai: Berani mencuba |
Langkah 2 10 minit | 1. Guru membahagikan murid kepada 9 kumpulan. 2. Guru memberi setiap kumpulan satu kosa kata untuk membina ayat. 3. Guru meronda sambil memberi bimbingan. | 1. Murid-murid membahagikan kumpulan. 2. Setiap kumpulan membina ayat mengikut kosa kata yang diberikan oleh guru. | BBM: Power Point Nilai: Bekerjasama |
Langkah 3 7minit | 1. Guru meminta wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibina. 2. Guru dan murid-murid membetulkan ayat yang kurang tepat 3. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid. | 1. Wakil kumpulan membaca ayat yang telah dibina. 2. Murid-murid bersama guru membetulkan ayat yang kurang tepat. 3. Murid-murid membina ayat di dalam lembaran kerja. | Nilai: Prihatin |
Penutup 2minit | 1. Guru meminta murid untuk mengulangi makna kosa kata yang telah dipelajari. | 1. Murid-murid mengulangi makna kosa kata tang telah dipelajari. | BBM: Lembaran kerja Nilai: Rajin |
Refleksi Makropengajaran:
Semasa saya menjalankan aktiviti set induksi, murid-murid telah melibatkan diri untuk menjawab soalan yang saya kemukakan. Dalam sesi langkah 1, saya menggunakan Power Point untuk menjalankan aktiviti P&P saya. Murid-murid mencuba beritahu saya maksud kosa kata dan juga menumpukan perhatian semasa saya mengajar. Walaupun antara mereka yang salah jawab, tetapi mereka itu telah mengamalkan nilai keberaniani untuk mencuba. Dalam sesi langkah 2, setiap murid telah bekerjasama dalam kumpulan masing-masing untuk membina ayat.
Dalam sesi langkah 3, wakil kumpulan telah diminta berdiri di depan untuk membaca ayat yang telah dibina dalam kumpulan. Saya kurang memuaskan dengan suara mereka yang kurang lantang sehingga murid-murid lain kurang melibatkan diri dengan aktif bersama dengan saya membetulkan ayat. Selepas itu, saya telah mengedarkan lembaran kerja untuk murid-murid buat. Mereka membina ayat dengan menumpukan perhatian dan saya juga meronda serta membimbing murid-murid yang bermasalah. Pada akhir sesi P&P ini, murid-murid telah dapat menyatakan maksud kosa kata yang telah belajar. Oleh itu, boleh dikatakan objektif pengajaran saya telah dicapai.
Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif dalam seluruh aktiviti P&P ini. Hal ini dapat dikesan dengan sikap murid-murid yang cuba menjawab soalan dan maksud kosa, lagipun dalam aktiviti kumpulan. Saya tidak mengubahkan rancangan pengajaran saya semasa mengajar. Ini adalah kerana saya yakin dengan rancangan pengajaran yang saya sediakan itu.
Jika saya mempunyai peluang untuk mengajar pelajaran ini sekali lagi untuk kumpulan murid yang sama, saya akan meminta murid-murid cuba membina ayat dalam sesi langkah 1. Dengan itu, saya lebih dapat perhatikan mereka dapat membina ayat dengan betul ataupun tidak.
Secara kesimpulannya, sesi makropengajaran ini telah dijalankan dengan lancar.
MIKROPENGAJARAN & REFLEKSI
Refleksi Mikropengajaran:
Saya memilih set induksi sebagai mikropengajaran saya. Saya telah membuat refleksi selepas menjalankan mikropengajaran. Selepas merakam video, saya meminta rakan saya memberi pandangan kepada saya. Mereka dapati set induksi ini dijalankan dengan berjaya dan bertepatan kerana murid-murid berebut-rebut angkat tangan untuk datang ke depan memilih beberapa sampul surat yang telah disediakan. Hal ini telah menarik minat murid-murid untuk terus belajar.
Kekuatan saya yang dapat dikesan dalam menjalankan mikropengajaran ialah kelantangan suara kejelasan penyampaian pelajaran. Suara yang lantang telah memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Hal ini dapat memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid-murid tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Selain itu, saya telah berjaya menggunakan papan tulis untuk membina carta agar murid mudah memahami perbezaan antara wang masuk dan wang keluar.
Kelemahan saya dalam mikropengajaran ini ialah saya tidak bergerak ke setiap sudut dan hanya berdiri di depan sahaja. Oleh itu, saya perlu menambahbaikan kelemahan ini supaya aktiviti set induksi dijalankan lebih berkesan. Ini disebabkan kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses P&P di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Tuesday, 22 November 2011
Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 3
Mata Pelajaran: Pendidikan Muzik
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 0rang
Objektif: Menyanyi lagu sambil membuat gerakan dengan betul.
Aktiviti: 1. Set induksi
2. Baca lirik lagu
3. Dengar lagu
4. Menyanyi lagu dan hafalkan lirik lagu
5. Belajar gerakan
6. Menyanyi sambil membuat gerakan
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 0rang
Objektif: Menyanyi lagu sambil membuat gerakan dengan betul.
Aktiviti: 1. Set induksi
2. Baca lirik lagu
3. Dengar lagu
4. Menyanyi lagu dan hafalkan lirik lagu
5. Belajar gerakan
6. Menyanyi sambil membuat gerakan
Semasa saya mengajar Pendidikan Muzik di Tahun 2A, saya dapati mereka berasa seronok mengikuti aktiviti yang dijalankan. Malangnya, terdapat murid yang tidak dapat membuat gerakan sambil menyanyi. Mereka hanya dapat lakukan gerakan ataupun menyanyi sahaja. Tindakan yang saya lakukan ialah meminta murid menghafal lagu dahulu kemudian baru belajar gerakan. Namun, saya juga akan melakukan sesi latihan berulang kali bersama murid yang kurang aktif. Walaubagaimanapun, murid-murid suka akan lagu ini.
Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 2
Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Objektif: Murid-murid dapat:
a) bercerita tentang bendera Malaysia.
b) menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Objektif: Murid-murid dapat:
a) bercerita tentang bendera Malaysia.
b) menyanyikan lagu Jalur Gemilang.
Aktiviti P&P pada hari itu susah saya lupakan. Pada hari itu, saya mengajar unit yang baru iaitu berkaitan dengan Jalur Gemilang. Pada mulanya, saya memamparkan Jalur Gemilang melalui slide show dan memperkenalkan kepada murid-murid itulah Jalur Gemilang. Tiba-tiba, seorang murid berkata: "cikgu, kami bukan si bodoh, kami sudah tahu itu Jalur Gemilang. Memang saya terkejut pada masa itu. Namun, saya tidak menunjukkan muka saya yang terkejut sebaliknya memberitahu murid itu saya tahu murid-murid pernah melihat Jalur Gemilang, tetapi adakah mereka dapat tahu warna-warna itu bermaksud apa. Mereka beritahu saya mereka tidak tahu. Murid tersebut juga meminta maaf dengan saya. Saya juga memberitahu murid-murid mereka bukan si bodoh sebaliknya ialah si pandai. Semasa menyanyi lagu Jalur Gemilang, murid-murid berasa gembira. Ada segelintir murid yang tidak bekerjasama dengan saya kerana bermain di belakang. Tindakan yang saya ambil ialah meminta mereka menyanyi lagu itu bersama dengan saya. Akhirnya, mereka dapat menyanyi dengan betul.
http://lirik-lagu-best.blogspot.com/2009/08/lirik-jalur-gemilang.html
http://lirik-lagu-best.blogspot.com/2009/08/lirik-jalur-gemilang.html
Ruangan Kongsi Bersama - REFLEKSI 1
Ringkasan RPH
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 orang
Objektif : Murid-murid dapat membina lima ayat berdasarkan gambar.
Aktiviti: 1. Set Induksi
2. Tunjuk gambar dan tanya soalan.
3. Membuat latihan.
4. Memberi bimbingan kepada murid yang lemah.
Saya : Apakah yang ayah lakukan?
Murid: Membaca surat khabar.
Saya : Di manakah ayah membaca surat khabar?
Murid: Di ruang tamu.
Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia
Tahun: 2A
Bilangan Murid: 37 orang
Objektif : Murid-murid dapat membina lima ayat berdasarkan gambar.
Aktiviti: 1. Set Induksi
2. Tunjuk gambar dan tanya soalan.
3. Membuat latihan.
4. Memberi bimbingan kepada murid yang lemah.
Semasa saya meminta murid-murid ceritakan apa yang mereka lihat di dalam gambar itu, mereka dapat menjawab dalam bahasa mandarin sahaja. Tindakan yang saya ambil ialah menggunakan teknik menyoal supaya murid-murid dapat menjawab dalam Bahasa Malaysia.
Contohnya:Saya : Apakah yang ayah lakukan?
Murid: Membaca surat khabar.
Saya : Di manakah ayah membaca surat khabar?
Murid: Di ruang tamu.
Selepas itu, saya akan meminta murid-murid menggabungkan semula jawapan yang diberi untuk menjadi ayat yang betul. Contohnya, ayah membaca surat khabar di ruang tamu. Saya berasa teknik ini sangat berguna untuk murid-murid tahap satu. Murid-murid juga tidak akan berasa bosan semasa aktiviti P&P dijalankan.
Monday, 14 November 2011
KEBANGGAAN NEGARAKU
Kilang Proton
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jadil
Kuala Lumpur Sentral
Litar F1 Sepang
Menara Berkembar Petronas
Menara Kuala Lumpur
Planetarium Negara
Putrajaya
Saturday, 12 November 2011
PENDIDIKAN MORAL 《弟子规》4
亲 仁
同是人 类不齐 流俗众 仁者希
果仁者 人多畏 言不讳 色不媚
能亲仁 无限好 德日进 过日少
不亲仁 无限害 小人进 百事坏
余 力 学 文
不力行 但学文 长浮华 成何人
但力行 不学文 任己见 昧理真
读书法 有三到 心眼口 信皆要
方读此 勿慕彼 此未终 彼勿起
宽为限 紧用功 工夫到 滞塞通
心有疑 随札记 就人问 求确义
房室清 墙壁净 几案洁 笔砚正
墨磨偏 心不端 字不敬 心先病
列典籍 有定处 读看毕 还原处
虽有急 卷束齐 有缺坏 就补之
非圣书 屏勿视 蔽聪明 坏心志
勿自暴 勿自弃 圣与贤 可驯致
Subscribe to:
Posts (Atom)